jauhi skim penipuan internet

mesti korang semua sudah bosan atau benak dengan LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100! hahahah ada je orang tag gambar duit kat korang punyer fb dan komen bagai. Aku kategeorikan dengan diorang semua sebagai penjenayah siber , Sebab apa? sebab spam meyepam ni adalah perbuatan jenayah .Aku memang banyak kali di tag kan gambar duit oleh individu yang join program benda tuh.Menyebabkan aku bengang ,secara tidak langsung meremove kan sesiapa yang melakukan perkara yang di sebutkan sebentar tadi hehehe. Cuba fikir secara rasional,mana ada program boleh terus buat duit tanpa usaha atau terus zupp..hahaha.Kalau ada ,program tersebut merupakan penipuan. tetapi bukan semua program buat duit adalah tipu ada yang benar.bukan nya 100% ada yang legal, tetapi sebelum join cuba kaji selidik program tersebut. Siasat latar belakang,rujuk kepada akta syarikat dan sebagainya bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan..

Ada apa dengan rm12..

Dalam perniagaan online banyak duit dah di habiskan antaranya belanja beli ebook,beli servis seo,beli banner dan bermacam-macam lagi.Tetapi duit banyak sudah di habiskan beli ebook je. Anggaran wang sudah di habiskan kira-kira rm400  untuk belanja ebook.Pergh..belum dapat merasa hasilnya lagi. sekarang ni tengah kumpul duit nak beli ebook adsense hehehe. cuba dengan program adsense pulak,mana tahu ada rezeki dengan adsense. Setakat ini ada rm12 je yang berjaya di kumpul. Memang perit sebagai seorang student untuk kumpul duit.Perniagaan online sememangnya sukar ,banyak wang dan masa terpaksa di habiskan. Jadi sebelum sesiapa ataupun anda yang hendak membabitkan diri dalam bisnes online anda semua perlu bersedia mengorbankan masa dan tabung duit anda!


Untuk pengetahuan...
Aku menghabiskan 16 jam sehari jikalau masa cuti untuk membuat pelbagai kajian dan mencari pelbagai info maklumat  Perlu lah ada ilmu yang lengkap untuk menceburi bidang perniagaan online. That's why aku menghabiskan banyak duit untuk beli ebook. Kena lah ada guided yang betul supaya kita tidak membuang masa dengan perkara sia-sia. Setakat ini aku berjaya mendapat income yang pertama.itu pun daripada blog ni. So far...tak banyak yang aku perolehi hanyak Rm 1.25. setelah berhempas pulas mencari traffik,kira ok daripada tak ada langsung.

aku kene berusaha keras lagi untuk tingkatkan pendapatan supaya mampu bersaing dengan orang yang sudah berjaya insyallah..jikalau ada rezeki tuhan nak berikan.
so siapa2 ada cerita yang di kongsikan berkenaan pengalaman buat duit online bolehlah berkongsi dengan admin di ruangan komen hehehe..

kOnspirasi dajjal-al mahdi

Tajuk : Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!



Sumber : Armagedon 2012- Bencana Akhir Zaman, oleh Muhammad Alexander, 
m/s 279 – 283.cetakan ke-4.




[[ Sulaiman bin Syihab berkata : “Suatu ketika, Abdullah bin Maghnam datang kerumah.Kemudian , dia menceritakan Nabi Muhammad saw pernah bersabda :


“ Tidak lagi ada kesamaran tentang Dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian, dia menyeru atas namaku sehingga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan berjaya menguasai mereka. Dan dia masih berbuat seperti itu hingga dia datang ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah lalu mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian Dajjal berkata : “Sesungguhnya aku adalah nabi”.Dengan ucapan itu, maka takutlah orang yang memiliki hati dan akal yang lurus lalu (mereka) meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan “Aku adalah Allah”. Dengan itu, akhirnya matanya tertutup, telinganya terpotong dan antara kedua matanya tertulis KAFIR ..”


[ Hadis direkodkan oleh Tabrani ].




Beberapa perkara dapat difahami berdasarkan hadis diatas, iaitu :


1).Dajjal akan muncul dari Timur. “Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur".


2).Dajjal akan berdakwah dengan memperalatkan nama Nabi Muhammad. Ini adalah sebagaimana dalam hadis diatas: “kemudian dia akan menyeru atas namaku”. Ini mungkin berkaitan dengan gelaran Imam Mahdi (imam yang mendapat petunjuk) yang mana Rasulullah mengatakan nama al-Mahdi adalah seperti namanya, iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ini bermakna Dajjal akan memanfaatkan maklumat dari hadis ini bagi menipu manusia dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi (al-Mahdi palsu) dengan nama Muhammad. Ini sekaligus adalah tindakan Dajjal bagi menyaingi dan memburukkan Imam Mahdi yang sebenarnya muncul di Makkah lebih awal dari itu.


3).Ramai orang yang terpesona dengan akhlak Dajjal yang baik, santun dan murah hati. Dalam hal ini, kita dapat mengambil peringatan daripada hadis Rasulullah tentang Syubhat iaitu perkara yang samar-samar, mencampur adukkan yang haq dan yang bathil atau melakukan kebaikan dengan tujuan menipu yang dibawa oleh Dajjal. Antara Syubhat yang dibawa oleh Dajjal adalah akhlak yang baik. Pada masa itu, Dajjal menerapkan ajaran islam dalam kehidupan seharian, sehingga beramai-ramai orang menjadi pengikutnya dan menyukainya. “Lalu dia(Dajjal) menunjukkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana amalannya itu”. Ini menjadi bukti pada fasa itu, Dajjal masih dalam keadaan normal malah berkarisma.Pada masa itu belum ada tulis “KAFIR” di dahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal sudah sejak awal lagi mempamerkan keadaannya yang sebenar, maka sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya.


4).Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, “selepas itu, Dajjal berkata : sesungguhnya aku adalah nabi”. Mungkin Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa yang dikatakan akan muncul pada akhir zaman. Dajjal akan cuba menonjolkan dirinya sebagai Nabi Isa dengan cara menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang mati dan sebagainya sehingga mereka yang lemah imannya segera mengiktiraf Dajjal sebagai Nabi Isa. Apabila ini berlaku, golongan yang selama ini menyembah Jesus akan menemui Nabi Palsu itu lalu menyembahnya. Itu adalah taktik Dajjal, iaitu mempergunakan keterangan teks al-Quran dan hadis tentang Imam Mahdi dan Nabi bagi menipu manusia.


5).Selepas pengikutnya bertambah ramai, Dajjal mengisytiharkan pula dia adalah Tuhan, “Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan : Aku adalah Allah”.Bagi menghapuskan agama kebendaan yang dipimpin oleh Dajjal, Allah menurunkan Nabi Isa, iaitu manusia yang disebut-sebut sebagai orang yang paling zuhud. Akhirnya , Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Lod- Gerbang Lod mungkin merujuk kepada Lapangan Terbang Ben Gurion yang terletak di Kota Lud/Lydda, Israel.Hanya Allah yang mengetahuinya.


6).Berdasarkan hadis ini, kita dapat ketahui sebahagian daripada pengikut Dajjal terdiri daripada umat islam yang lemah imannya.Ini kerana mereka tidak tahu orang’warak’ itu adalah Dajjal. Ini bermakna pada masa itu, belum ada tulisan KAFIR di dahi Dajjal dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal awal-awal lagi sudah mempamerkan keadaannya yang sebenar, sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya; dan


7).Kemuncak pendustaan Dajjal adalah apabila dia mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, Allah menghukum Dajjal dengan bencana yang menyebabkan sebelah matanya buta dan pembentukan tulisan KAFIR di dahinya…. ]]




**************************************************
Amat menarik kupasan yang dibuat oleh penulis ( Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko) di atas. Jika sebelum ini kita hanya mendengar khabar bahawa Imam Mahdi akan muncul dari timur, namun dari hadis Nabi saw diatas , Dajjal juga akan muncul dari timur, malah ancaman Dajjal lebih hebat lagi kerana dia akan mengaku menjadi Imam Mahdi, seterusnya mengaku menjadi Nabi dan kemuncak pendustaannya ialah dia akan mengaku menjadi Tuhan pula!


Mungkin secara kebetulan, di bumi Malaysia saat ini heboh diperkatakan , ada seorang manusia yang mendakwa pemimpin akhir zaman iaitu al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu sudah muncul , kononnya sekarang ini sedang menghadapi ujian paling getir dalam hidupnya ( bala yang dicari dan dikorek sendiri ) sebagai persediaan menjadi pemimpin dan penyelamat akhir zaman! pemimpin ini juga pernah dijolok dengan gelaran “Anu- gerah Tuhan” oleh ahli keluarganya. Terkejut Omega sungguh saya dengan kenyataan terbaru dari manusia itu, sumpah… nak tergelak sakan pun ada…. He he he ! Anda bagaimana pula???


Mungkin secara kebetulan juga, sudah ada pentaksub dari sebuah “Parti gunakan Agama” yang mendakwa ularmak pujaan mereka setaraf dengan Nabi. Nasib baik ularmak yang empunya diri tidak mengaku dirinya Nabi.


Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa akan ada Dajjal-Dajjal kecil sebelum munculnya Dajjal sebenar…. Dan siapakah Dajjal-Dajjal kecil itu ??? mereka mungkin dalam proses persediaan… dalam proses pembikinan....

10 kebaikan seks yang anda tidak tahu







Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
  1. Seks mengurangkan tekanan
    Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.
  2. Seks meninggikan Immuniti badan
    Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
  3. Seks membakar lemak
  4. Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
  5. Seks menguatkan kesihatan jantung
    Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
  6. Seks meninggikan Self-Esteem
    Seks  meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita  merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.
  7. Seks membuatkan kita lebih menyayangi
    Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
  8. Seks mengurangkan sakit
    Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
  9. Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
    Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
  10. Seks menguatkan otot pelvis
    Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
  11. Seks membuat anda tidur lebih lena
    Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.