kOnspirasi dajjal-al mahdi
Tajuk : Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!
Sumber : Armagedon 2012- Bencana Akhir Zaman, oleh Muhammad Alexander,
m/s 279 – 283.cetakan ke-4.
[[ Sulaiman bin Syihab berkata : “Suatu ketika, Abdullah bin Maghnam datang kerumah.Kemudian , dia menceritakan Nabi Muhammad saw pernah bersabda :
“ Tidak lagi ada kesamaran tentang Dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian, dia menyeru atas namaku sehingga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan berjaya menguasai mereka. Dan dia masih berbuat seperti itu hingga dia datang ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah lalu mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian Dajjal berkata : “Sesungguhnya aku adalah nabi”.Dengan ucapan itu, maka takutlah orang yang memiliki hati dan akal yang lurus lalu (mereka) meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan “Aku adalah Allah”. Dengan itu, akhirnya matanya tertutup, telinganya terpotong dan antara kedua matanya tertulis KAFIR ..”
[ Hadis direkodkan oleh Tabrani ].
Beberapa perkara dapat difahami berdasarkan hadis diatas, iaitu :
1).Dajjal akan muncul dari Timur. “Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur".
2).Dajjal akan berdakwah dengan memperalatkan nama Nabi Muhammad. Ini adalah sebagaimana dalam hadis diatas: “kemudian dia akan menyeru atas namaku”. Ini mungkin berkaitan dengan gelaran Imam Mahdi (imam yang mendapat petunjuk) yang mana Rasulullah mengatakan nama al-Mahdi adalah seperti namanya, iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ini bermakna Dajjal akan memanfaatkan maklumat dari hadis ini bagi menipu manusia dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi (al-Mahdi palsu) dengan nama Muhammad. Ini sekaligus adalah tindakan Dajjal bagi menyaingi dan memburukkan Imam Mahdi yang sebenarnya muncul di Makkah lebih awal dari itu.
3).Ramai orang yang terpesona dengan akhlak Dajjal yang baik, santun dan murah hati. Dalam hal ini, kita dapat mengambil peringatan daripada hadis Rasulullah tentang Syubhat iaitu perkara yang samar-samar, mencampur adukkan yang haq dan yang bathil atau melakukan kebaikan dengan tujuan menipu yang dibawa oleh Dajjal. Antara Syubhat yang dibawa oleh Dajjal adalah akhlak yang baik. Pada masa itu, Dajjal menerapkan ajaran islam dalam kehidupan seharian, sehingga beramai-ramai orang menjadi pengikutnya dan menyukainya. “Lalu dia(Dajjal) menunjukkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana amalannya itu”. Ini menjadi bukti pada fasa itu, Dajjal masih dalam keadaan normal malah berkarisma.Pada masa itu belum ada tulis “KAFIR” di dahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal sudah sejak awal lagi mempamerkan keadaannya yang sebenar, maka sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya.
4).Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, “selepas itu, Dajjal berkata : sesungguhnya aku adalah nabi”. Mungkin Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa yang dikatakan akan muncul pada akhir zaman. Dajjal akan cuba menonjolkan dirinya sebagai Nabi Isa dengan cara menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang mati dan sebagainya sehingga mereka yang lemah imannya segera mengiktiraf Dajjal sebagai Nabi Isa. Apabila ini berlaku, golongan yang selama ini menyembah Jesus akan menemui Nabi Palsu itu lalu menyembahnya. Itu adalah taktik Dajjal, iaitu mempergunakan keterangan teks al-Quran dan hadis tentang Imam Mahdi dan Nabi bagi menipu manusia.
5).Selepas pengikutnya bertambah ramai, Dajjal mengisytiharkan pula dia adalah Tuhan, “Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan : Aku adalah Allah”.Bagi menghapuskan agama kebendaan yang dipimpin oleh Dajjal, Allah menurunkan Nabi Isa, iaitu manusia yang disebut-sebut sebagai orang yang paling zuhud. Akhirnya , Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Lod- Gerbang Lod mungkin merujuk kepada Lapangan Terbang Ben Gurion yang terletak di Kota Lud/Lydda, Israel.Hanya Allah yang mengetahuinya.
6).Berdasarkan hadis ini, kita dapat ketahui sebahagian daripada pengikut Dajjal terdiri daripada umat islam yang lemah imannya.Ini kerana mereka tidak tahu orang’warak’ itu adalah Dajjal. Ini bermakna pada masa itu, belum ada tulisan KAFIR di dahi Dajjal dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal awal-awal lagi sudah mempamerkan keadaannya yang sebenar, sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya; dan
7).Kemuncak pendustaan Dajjal adalah apabila dia mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, Allah menghukum Dajjal dengan bencana yang menyebabkan sebelah matanya buta dan pembentukan tulisan KAFIR di dahinya…. ]]
Mungkin secara kebetulan, di bumi Malaysia saat ini heboh diperkatakan , ada seorang manusia yang mendakwa pemimpin akhir zaman iaitu al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu sudah muncul , kononnya sekarang ini sedang menghadapi ujian paling getir dalam hidupnya ( bala yang dicari dan dikorek sendiri ) sebagai persediaan menjadi pemimpin dan penyelamat akhir zaman! pemimpin ini juga pernah dijolok dengan gelaran “Anu- gerah Tuhan” oleh ahli keluarganya. Terkejut Omega sungguh saya dengan kenyataan terbaru dari manusia itu, sumpah… nak tergelak sakan pun ada…. He he he ! Anda bagaimana pula???
Mungkin secara kebetulan juga, sudah ada pentaksub dari sebuah “Parti gunakan Agama” yang mendakwa ularmak pujaan mereka setaraf dengan Nabi. Nasib baik ularmak yang empunya diri tidak mengaku dirinya Nabi.
Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa akan ada Dajjal-Dajjal kecil sebelum munculnya Dajjal sebenar…. Dan siapakah Dajjal-Dajjal kecil itu ??? mereka mungkin dalam proses persediaan… dalam proses pembikinan....
10 kebaikan seks yang anda tidak tahu
Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
- Seks mengurangkan tekanan
Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah. - Seks meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain. - Seks membakar lemak
- Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
- Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya. - Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri. - Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi. - Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda. - Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International. - Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti. - Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.
MPAJ Tak Sedar Ada Tarian Tiang Separuh Bogel ?
Lelaki Nepal dalam kamar tidur anak gadis
Menurutnya, pada malam kejadian dia nekad mengintai pergerakan anak gadisnya itu selepas kerap menerima aduan perihal kurang menyenangkan.
“Kira-kira jam 12.30 tengah malam saya dan suami sudah masuk tidur di bilik dan sebelum itu memang saya lihat anak mundar-mandir macam ada yang tak kena.
“Saya mengintai dan melihat anak keluar membuka pintu rumah sebelum mengajak seorang lelaki di dalam biliknya. Pada masa itu perasaan saya hanya Allah saja yang tahu,” katanya.
Menurutnya, ketika pintu bilik dibuka dia geram melihat lelaki itu berada di atas katil anak gadisnya dan mereka mengaku sudah sembilan bulan menjalin hubungan dan lelaki itu adalah bekas rakan sekerja kilang anak gadisnya.
Sehubungan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam dan merujuk anak gadisnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan menjurus kepada kes rogol.
“Apapun, polis perlu menunggu laporan daripada hospital sebelum siasatan lanjut dijalankan. Setakat ini suspek yang dikenalpasti belum diberkas,” katanya.
Makhluk Halus Tumpang Solat
BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus.
i love alien
bila nampak orang pakai baju besar-besar, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pakai tudung labuh-labuh, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pegang al quran sepanjang masa, aku rasa orang tu pelik
bila nampak orang pergi solat jemaah hari-hari, aku rasa orang tu pelik
bila aku sekali sekala masuk surau, aku rasa dikecam,
seolah-olah semua orang pandang aku macam aku buang tebiat datang surau haritu
bila aku pakai baju besar sikit, aku rasa macam semua orang buat pandangan sinis dekat aku, sambil cakap dalam hati 'haa, ada pon baju besar minah ni'
bila aku jalan sambil pegang al quran, aku rasa macam semua orang nak datang dekat aku, dan tanya, 'nak bagi siapa al quran ni?'
aku benci dengan orang pakai baju besar-besar, pakai tudung labuh-labuh
aku benci nak datang surau sebab 'budak surau' seolah-olah tak suka aku datang
aku malu nak pegang al quran sebab nanti orang kata aku dah dapat hidayah
aku malu nak ikut usrah sebab aku takut orang kata aku ekstremis
aku rasa macam aku hidup dikelilingi alien yang jumud
tapi segalanya berubah setelah aku menerima tarbiyah
aku kagum dengan orang-orang yang pakai baju besar-besar dan tudung labuh-labuh
dalam hati mesti cakap 'cekalnya mereka. satu hari nanti aku nak jadi macam tu'.
aku kagum dengan orang yang istiqamah solat jemaah hari-hari
dalam hati akan terdetik, 'bila aku nak istiqamah macam tu?'.
aku rasa dihargai setiap kali aku masuk surau
walaupun tak dijemput macam puteri, tak dilayan macam bidadari,
sebab aku tahu, nun di atas sana, Allah sedang mengalu-alukan kedatangan aku
aku rasa seronok setiap kali terima orang baru dalam surau
tapi tak tercapai untuk luahkan sebab takut dikata memerli
padahal jauh di sudut hati, rasa macam nak bentang karpet merah supaya orang tu datang lagi
aku tak kisah dikata ekstremis
walaupun hakikatnya orang lain yang terlampau terbuka
aku lawak bila dapat label 'budak surau', atau 'budak usrah'
bukan kami melabel diri sendiri, tapi entah siapa yang baik hati label kami sebegitu
setiap kali dapat panggilan baru, dalam hati mesti berdoa
'ya Allah, semoga panggilan kami di dunia ini akan diganti dengan panggilan PENGHUNI SYURGA di akhirat kelak'
aku tak lagi rasa aku hidup bersama alien yang jumud
semuanya kelihatan biasa pada aku
cuma kadang-kadang aku pula yang dianggap alien
aku terfikir satu teori
alien planet mana pun kita datang, kita jangan lupa
kita datang dari Tuhan yang sama
dan akan kembali kepada Tuhan yang sama
dan kita hanyalah seorang bakal jenazah.




