12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kpd pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.
1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.
Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.
2) Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau 
harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.
4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..
Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.
5) Penuhi Kehendaknya
Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.
6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.
7) Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.
Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.
9) Tidak Mengeluh
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.
10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.
11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

12) Beri Pujian

Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.
Selamat mencuba!

sumber

10 Cara Mantapkan Air mani suami

Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. ImageAIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.


Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:


1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.


2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.

6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.

8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.
Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.

10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.

Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

sumber

kelebihan berjanggut

Terus terang saya akui, selama ini saya tidak pernah menyimpan janggut. Bukan tidak suka, cuma tidak simpan. Dan saya tidak pernah pun mempertikaikan sesiapa yang menyimpan janggut kerana saya tahu itu sunnah.


Akan tetapi, misai saya meskipun kategorinya hanya jenis misai kucing, yang tumbuhnya jarang-jarang seperti anak pokok getah yang baru ditanam semula, saya simpan.

 Dan kerana sayangnya saya pada misai yang jarang itu, saya boleh tidak tidur malam jika hitungan yang saya buat mendapati ia tidak cukup seurat.


 Hilang seurat bukan senang mahu diganti. Jangan kata hari, minggu berganti minggu pun belum tentu tumbuh misai baru.

 Mengenai janggut, saya tidak kisah sangat. Saya biasa mengandaikan kepada kawan-kawan, jika saya cukur janggut sebelum bertolak, sampai di pejabat, janggut saya sudah boleh dicekak.


Dan satu lagi andaian bida’ah, saya sering mengumpamakan wang (kononnya) dengan janggut saya. Cukur, tumbuh. Cukur lagi, tumbuh lagi. Kononnya. Akan tetapi, tidaklah pernah saya bawa janggut yang baru dicukur ke kedai untuk beli tepung atau gula. Mahu tak cukup tanah lari dikejar sambil dilaung, “orang gila! orang gila!”

Namun sejak sebulan dua lepas, setelah berulang kali mainkan klip video kumpulan rock kegilaan saya sejak remaja, Metallica, saya tiba-tiba jadi tertarik dengan penampilan penyanyi merangkap pemain gitarnya, James Hetfield.

 Hetfield kini tidak lagi berambut panjang dengan misai bertaring seperti dulu. Panjang rambutnya sederhana namun sebagai rocker, itu boleh dianggap pendek. Tidak lagi bermisai, namun yang menarik, dia kini berjanggut. Lantas saya pun tiba-tiba teringin mahu berjanggut.

‘Misai kucing’ yang menjadi intan payung saya selama ini, saya cukur licin selicin-licinnya. Tanah sekangkang kera di bawah hidung itu saya sentiasa pastikan licin seperti telur, tiada lagi tunggul-tunggul gerigis.

 Jangan! Jangan kata saya agungkan Hetfield, beristighfarlah! Saya sendiri pun beristighfar apabila teringat akan hal itu.


Saya cuma meniru apabila melihat dia nampak lebih segak, kemas, bersih, macho, dewasa - imej yang sepatutnya bagi ahli Kelab 40 - berbanding dulu.

Namun dalam keadaan saya sedang mendekati sesuatu yang sebenarnya adalah sunnah Rasulullah SAW, tiba-tiba saya dipertemukan dengan satu ilmu yang sangat istimewa. Yang menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.


Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik termasuk di kampung saya di Pendang, Kedah, juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.


 Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.


SUBHANALLAH

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan. Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

 Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.


 Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula. Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.


Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.


Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

  Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.


 Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.


Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B.

 Selamat mencuba.

Sumber: sinarharian.com.my

teknik traffik:merampas traffik dari facebook-review

hari ini bro nak cerita sedikit mengenai dunia im (internet marketing). this is for the guys are looking traffic for  web.sesiapa yang buat bisnes atau apa-apa yang hendak mempromosi bisnes saya sarankan baca lagi hehehe..
ok straight to the point. Mungkin ada yang masih tercari-cari teknik traffik yang berkesan serta menjimatkan kos.

bermakna anda tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk belanja iklan seperti iklan banner,adwords,dan pelbagai lagi medium iklan yang seangkatan dengan nya.Untuk mendapatkan traffik yang tinggi adalah sukar dan lebih sukar lagi untuk mengekalkan traffik tersebut secara konsisten

dalam artikel ini saya memfokuskan pemasaran facebook..
bagaimana hendak mendapat traffik percuma dari facebook?
perlu sewa iklan facebook? tidak..
perlu bina aplikasi dan memahami kod-kod php dan javascript yang memeningkan kepala? tidak....

hanya menggunakan fan pages?ya!
tetapi teknik yang di gunakan berlainan apa yang telah anda pelajari...
teknik yang bakal di dedahkan  mengandungi terma blackhat..tetapi ia masih mengikuti aturan enjin carian jang an risau.

teknik yang bakal di dedahkan adalah anda akan memaksa orang like fan pages anda
menarik bukan..?hahaha

macam mana nak paksa orang like fan page anda
dapatkan info lanjut di sini

keburukan soya





ANTARA KEBURUKAN SOYA:
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan yang  kita makan tidak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, menyebabkan sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz. Namun, ianya juga mengandungi bahan racun dan perosak.
5. Mengandungi natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya boleh menyebabkan kembung perut,  kekurangan asid amino dan kerosakan pankreas. Akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya, sesetengah pengeluar  soya membasuh soya tertsebut dengan asid di dalam tangki aluminium.
6. Mengandungi unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan yang boleh melemahkan minda.

7.    Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
 Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development sehingga boleh mempengaruhi kejantinaan seseorang.
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia  iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan. Susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone iaitu komponen sebatian kimia yang dikaji mampu melegakan simptom menopaus, mengelakkan kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko peyakit jantung.

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavonei ni bukan mudah untuk  diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastrik, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid’ iaitu yang mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Phytic acid juga merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin iaitu yang menyebabkan terbentuknya  jaringan virus H1N1. Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
Namun, bagi sesetengah produk soya seperti air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Ini seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat tumbesarannya dari kadar yang sepatutnya.
Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Lelaki yang mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu kerana penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.

Kajian mendapati, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya.

Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata. Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.

Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.

Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.



Diketuai oleh Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.

Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari. Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik.


Bahaya memakan sotong


SOTONG KERING MENGANDUNGI KADMIUM
.
Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan.

“Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan.

“Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.

Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.

“Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.

“Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasnya.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA, RABU 30 SEPTEMBER 2009

Terapi air kencing

Pada tahun 1975, salah seorang pengasas Laboratorium Miles, Dr. A.H. Free, menerbitkan bukunya “Analisa air kencing dalam praktik makmal klinikal” di mana, beliau menerangkan bahawa, bukan saja air kencing itu cairan tubuh yang dikumuhkan, tetapi juga benar-benar mengandung ribuan bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh. Di antara unsur-unsur yang disebutkan dalam risalah Dr. Free adalah fakta nutrisi yang boleh membuat anda teruja untuk membacanya.

Di sini disertakan beberapa kandungan yang terdapat di dalam air kencing setelah dibuat ujikaji.


Alanine, Arginine, Ascorbic acid, Allantoin, Amino acids, Bicarbonate, Biotin, Calcium, Creatinine, Cystine, DHEA, Dopamine, Epinephrine, Folic acid, Glucose, Glutamic acid, Glycine, Inositol, Iodine, Iron, Lysine, Magnesium, Manganese, Melatonin, Methionine, Nitrogen, Ornithane, Pantothenic acid, Phenylalaline, Phosphorus, Potassium, Proteins, Riboflavin, Tryptophan, Tyrosine, Urea, Vitamin B6, Vitamin B12, Zinc.


Banyak kisah yang kita dengar tentang orang yang hidup ataupun meninggal dunia kerana terperangkap di suatu tempat tanpa makanan dan minuman selama berhari-hari. Mereka yang selamat adalah kerana meminum air kencingnya sendiri dan mereka yang meninggal dunia pula kerana tidak mahu melakukan perkara yang dianggap jijik ini. Mereka yang meninggal dunia itu mungkin tidak sanggup melakukan perkara yang tidak pernah dibuat orang. Padahal tidaklah begitu. Air kencing adalah lebihan cecair perkumuhan tubuh yang mempunyai pelbagai kandungan nutrisi.

Kilang-kilang farmasi di barat telah menghasilkan jutaan Dollar dari hasil penjualan ubat yang diperbuat dari air kencing manusia dan binatang.

PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT
Untuk mengetahui mengapa air kencing boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit sila perhatikan bagaimana terapi air kencing dikenali sebagai penawar Alergi. Para saintis mendapati bahawa timbulnya alergi adalah disebabkan oleh “renegade” cell darah putih yang secara rawak menyerang zat-zat lain walaupun zat tersebut tidak mengancam tubuh.

Oleh itu, semua renagade cell darah putih, yang disebut antigen receptor, yang perlu diperbaiki untuk menyembuhkan alergi. Pada tahun 1982, pengkajian dan penelitian yang diterbitkan oleh Dr. William Linscott (Basic and clinical immunology) menunjukkan bahawa bila antigen receptor(renegade cell darah putih) dimasukkan kembali ke dalam tubuh, ia akan menguatkan antibodi untuk antigen receptor ini, seterusnya antibodi akan menghalang penyebab alergi.

Oleh kerana air kencing milik seseorang pengidap alergi mengandung antigen receptor, saintis berpendapat bahawa ketika dimasukkan kembali antigen receptor ke tubuh pengidap alergi tersebut ia dapat menguatkan antibodi yang kemudian mampu menghentikan penyebab alergi .


Itulah sebenarnya yang terjadi sehingga Alergi boleh disembuhkan dengan berkesan oleh terapi air kencing.


Menggunakan terapi air kencing untuk menyembuhkan penyakit alergi, adalah salah satu bentuk dari rawatan isopathic. Para perawat menggunakan zat yang sama dengan penyebab alergi, untuk dimasukkan kembali ke tubuh agar tubuh menjadikan antibodi untuk zat tersebut.


Bila anda sudah mengetahui penjelasan terapi air kencing ini, anda tentu dapat melihat kemampuan dari terapi air kencing ini untuk digunakan sebagai penawar bagi pelbagai penyakit.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
Jika anda mendapat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik, kami akan mengambil sample DNA anda terutama sample urin supaya Perubatan Elektronik dapat mengkodkan gelombang urin anda lalu dijadikan penawar dan dipancarkan secara auto ke atas ubat yang berbentuk air atau tablet kunyah untuk dimakan oleh pesakit sebanyak tiga kali sehari.

Ini bermakna, penawar yang paling baik ialah terapi air kencing. Di mana, untuk kesembuhan secara total anda dikehendaki memakan ubat yang telah dipancarkan gelombang urin anda sendiri dan gelombang DNA anda yang lain seperti gelombang darah, gelombang air liur dan gelombang rambut anda sendiri.

Para saintis hanya menjadikan air kencing pesakit sebagai terapi urin, manakala kami di Kumpulan Perubatan Elektronik satu-satunya perubatan yang menjadikan DNA pesakit sebagai terapi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit akut dan kronik.

Kesimpulannya, ubat yang selama ini anda makan ketika membuat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik adalah ubat terapi daripada gelombang asal airkencing, darah, air liur dan rambut anda di mana, inilah sebenar-benar dan setepat–tepat ubat sebagaimana sabda Nabi bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali maut dan tua dan sebaik-baik penawar adalah terapi DNA pesakit itu sendiri.

sumber

fakta mengenai coca cola-wajib baca!


Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Bagaimana pula pasukan penyelamat di negara kita? Untuk mengetahui kesan bahan kimia yang dicampur ke dalam Coca Cola diharap dapat mencuba kajian ini:


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa dua hari.


2. Untuk mencuci tandas, masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat akan hilang.


3. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta, tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


4. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat, sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


5. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian, tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak pasti hilang.


6. Jika cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit. Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti ia akan bersih. Kerana salah satu bahan aktif di dalam Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.


7. Asid tersebut juga oleh menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.


8. Kandungan gula di dalam setiap tin Coca Cola adalah sebanyak 18 sudu teh. Antara fungsi citric asid ialah untuk mengurangkan rasa manis di mana, kebanyakan minuman ringan menggunakan asid yang sama.


9. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Sebab itu dinamakan Coca Cola.


10. Cuba rendamkan gigi (yang sudah patah) di dalam semangkuk Coke, pasti gigi tu akan lebur dalam masa 24-49 jam.


11. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.


12. Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi di mana, sebahagian keuntungannya di salurkan ke Israel untuk memerangi orang Palestine, maka fikir-fikirkanlah.


sumber