pengalaman promoter uptown di pahlwan walk

Assalamulaikum w.b.t,salam sejahtera kepada pembaca blog. penulis ingin menceritakan pengalaman lucu ketika bekerja di secara sambilan di bandar melaka. Kebanyakan pelajar yang baru tamat sijil spm akan bekerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Sepanjang  tempoh 5 bulan pelbagai kerja yang penulis pernah buat termasuklah prometer pasaraya,waitress,dan banyak lagi. Banyak penggalaman yang di peroleh penulis sepanjang tempoh penulis bekerja. Penulis masih ingat lagi ketika menjadi promoter pahlawan walk,ketika itu penulis bekerja dengan seorang rakan penulis. Kami berdua bekerja  dengan seorang majikan yang berasal dari Kuala Lumpur yang merupakan perniaga kain dan baju-baju kasual.Pernah sekali penulis ,berhadapan situasi yang penulis sukar tanganI.

Ketika itu seorang pelancong asing singgah di gerai kami bekerja tersebut. Pelancong tersebut menanyakan harga sehelai t-shirt. "what the price this t-shirt?" penulis terkedu sebab tidak pandai berbahasa inggeris,penulis mencuba sebaik yang boleh untuk berkomunikasi dengan pelancong tersebut. "this tshirt is RM 65 sir"
pelancong asing itu pun membalas "can i get more discount for this tshirt" . penulis termanggu, apa yang harus di jawab hahaha..
Penulis pun membantai apa yang boleh,asalkan pelancong tersebut faham dengan situasi tersebut. "oh no no sir,this baju dah kurangs"

Pelancong tersebut menunjjukan reaksi dengan mimik muka nya yang pelik "it's okay"
lalu dia beredar dengan kekeliruan

p/s kita perlukan ilmu tidak kira di mana-mana tempat jikalau tidak  terjadilah situasi seperti di atas

karenah pelanggan yang bermacam-macam

Sememangnya menjadi lumrah apabila kita memasuki arena perniagaan jika kita menghadapi pelanggan yang bermacam-macam ragam. Anda akan jumpa pelanggan yang cerewet terhadap produk anda ada pula suka membuat keputusan yang diluar kotak pemikiran seorang perniaga. Kadang-kadang kerenah pelanggan yang terlalu sukar di tanggani membawa situasi kritikal yang menyebabkan seorang perniaga tersebut mati akal. Disebabkan itu lah adalah wajar peniaga itu memenuhi ilmu dalam bidang ini supaya dapat menangani pelanggan dalam apa jua keadaan sekalipun.

contohnya yang kita boleh lihat dalam situasi A iaitu seorang perniaga kain dengan seorang pembeli yang minta harga di kurang pada harga yang boleh membawa kerugian terhadap perniaga.Jika seorang perniaga tidak bijak bermain kata dalam psikologi maka ketelusan pelanggan untuk membeli akan hilang.

Dalam keadaan genting perniaga tidak boleh beremosi . Situasi menang kalah harus di letak pada perniaga kerana konsep "customer always right" .Pengguna di anggap raja.
Membina hubungan yang baik dengan para pelanggan akan membawa implikasi pada jangka masa yang lama.Mengapa tidak menganggap pelanggan sebagai teman atau sahabat rapat. Ini akanberi tanggapan yang positif terhadap perniaga. Pelanggan akan berasa selesa terhadap layanan yang di berikan dan seterusnya meningkatkan kepercayaan terhadap perniaggan tersebut.Jika keadaan ini berterusan ,dipercayai akan membina pengaruh interaksi yang sangat kuat

dalam hal ehwal pengguna terdapat dua kod amalan etika
kod etika kepenggunaan
kod etika perniaga

kod etika kepenggunaan adalah etika pengguna terhadap perniaga iaitu adab dan tatacara ketika berurusan dengan penjual. penggguna harus menghormati walaupun situasi perniagaan harus berpihak kepada pengguna.pengguna tidak boleh mengambil kesempatan bertujuan yang perkara negatif iaitu meminta sesuatu yang berada diluar kemampuan penjual.
Kesimpulannya kedua-dua belah pihak harus seimbang supaya dapat meningkatkan kelicinan sesuatu urusan yang di jalankan. Hal ini akan membawa keuntugan kedua-dua belah pihak .penjual menikmati keuntungan secara berterusan manakala pelanggan mencapai tahap kepuasaan di tahap yang maksimum