Semakan Keputusan BRIM 2.0 Online 2013. Semak Status Permohanan!



Semakan BRIM 2.0 : Berdasarkan bajet 2013, penerima BRIM 2.0 boleh melakukan semakan BRIM 2.0 bagi menerima RM500 (isi rumah) & RM250 (golongan bujang). Bagi yang belum daftar BRIM 2.0 lagi, boleh hantarkan permohonan anda melalui borang BRIM 2.0 dengan cara  . Permohonan boleh dilakukan sehingga 15 Februari 2013 (tarikh tutup).

Semakan BRIM 2.0 Online 2013?

Untuk pengetahuan anda semua, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menyediakan kemudahan  semakan BRIM 2.0 online kepada penerima BRIM 2013.

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline?

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BRIM 2.o anda dengan cara menelefon talian hotline1-800-222-500 (Pusat Khidmat Barisan Nasional) @ 03 7713 6666(Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN)
  • Ataupun anda boleh hantarkan pertanyaan terus melalui emel ini di belanjawan2013@treasury.gov.my bagi mendapatkan maklumbalas yang selanjutnya
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Yang mana ada cuba-cuba untuk menelefon talian hotline yang diberikan, anda mungkin akan berhadapan dengan talian yang agak sibuk. Jadi, kami menyarankan anda cubalah hubungi mereka berulang kali sehingga berjaya. Dan kalau boleh elakkan menghubungi nombor 1800, sebab agak sukar untuk anda dapat. Gunakan 03-77136666 dan dail sehingga berjaya (kadang-kadang mereka akan mengatakan nombor tersebut tidak wujud, tetapi teruskan juga untuk mendailnya kerana nombor itu memang aktif).

Semak BRIM 2.0 di LHDN?

Ataupun anda boleh terus pergi ke mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan anda dan berurusan terus dengan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN yang bersedia membantu membuat semakan status permohonan BRIM 2.0 anda samaada mereka layak untuk menerimanya atau tidak.

Butiran Pembayaran BRIM 2.0 2013?

  • Tarikh bayaran BR1M 2.0 akan dilaksanakan mulai bulan Februari 2013
  • Tarikh dan tempat agihan baucer BRIM 2.0 2013 akan dimaklumkan melalui pos

Semakan BRIM 2.0 2013 (1 Malaysia) : Masalah Terlewat Terima Surat?

Sepatutnya semua surat jawapan telah siap diposkan menjelang 31 Januari 2013. Di dalam surat tersebut, akan dinyatakan tarikh dan tempat agihan baucer brim 2.0 tersebut. Jadi apa yang boleh anda lakukan ialah :
  1. Hubungi semula pihak lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, dan mohon bantuan mereka untuk lakukan semakan borang Brim 2.0 anda diletakkan di bawah kendalian DUN atau Parlimen kawasan yang mana satu?
  2. Kemudian anda perlu hubungi pejabat DUN/Parlimen kawasan berkenaan dan beritahu menganai surat jawapan masih lagi belum diterima
Jadi mungkin ada daripada anda yang terlepas majlis penyerahan baucer br1m 2.0 tersebut. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan :
  • Biasanya mereka akan menyarankan anda untuk pergi juga ke majlis rasmi penyerahan baucer BRIM 2.0 yang akan datang pula di kawasan/dun masing-masing. Tarikh dan masa penyerahan BRIM 2.0 yang seterusnya, mereka akan maklumkan