Syahrini berang dengan Justin Bieber


"Justin Bieber harus minta maaf kepada masyarakat Indonesia," kecam penyanyi Indonesia Syahrini, kepada bintang remaja antarabangsa itu di akaun Twitternya, @PrincesSyahrini, pada Sabtu lalu.

Berdasarkan petikan dari akhbar HarianMetro, penyanyi lagu "Kau Yang Memilih Aku" tersebut dikatakan berang dengan tindakan Bieber yang dikatakan telah memperlekehkan negara itu apabila dia memperlekehkan kualiti studio rakaman di Indonesia mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat republik itu.

Melalui kenyataan Bieber di akhbar Mirror, Bieber telah menyifatkan republik itu sebagai sebuah negara yang bercelaru.

"Saya berada di sebuah negara yang bercelaru. Saya merakamkan sebuah lagu di sebuah studio yang kecil. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan," kata Bieber dalam temu ramah itu.

Pengurusnya Scott "Scooter" Braun mengesahkan negara yang dimaksudkan Bieber adalah Indonesia.

Penyanyi muda itu, yang baru melancarkan album terbarunya "Believe 2012" di London, England, mengakui dia ada merakamkan sebuah lagu dalam album tersebut di Indonesia.

Selain itu, pengurus Syahrini, iaitu Reindhy menyatakan penyanyi itu terganggu dengan kenyataan Bieber, yang juga dianggap tidak bersesuaian dan tiada etika.

"Bukankah Justin mempunyai peminat yang ramai di sini. Adakah dia tidak menghargai perasaan masyarakat Indonesia?" ujar Reindhy kepada laman web detikHOT, pada Ahad lalu.












































sumber










nak buat sesuatu yang baru dalam blog

Hahah ramai antara blogger-blogger yang sudah mengadakan pertandingan dalam blog . Thats is something new for blogger newbie like me? Memang blog ni tiada traffik sedih betul.Ingat nak keluarkan sedikit bajet untuk promosi blog ni.selalunya sewa iklan di mana-mana blog yang mempunyai traffik yang tinggi tapi betahan pada masa yang singkat. Ingat nak guna pengiklanan adwords tapi bajet terlalu besar pulak.tiba-tiba teringat ada satu blogger yang menganjurkan pertandingan blog.siasat-siasat punya siasat memang traffik unik yang ada conversion. ni sekarang masih lagi tengah buat beberapa tinjuan...nak tahu selanjutnya? ikuti blog ni..jom follow