JENIS DAN TUGAS JIN

Sabda Nabi saw :

“ Jin itu ada tiga golongan , satu golongan mempunyai kepak yang terbang kesana kemari (diudara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan ketiga ada yang tinggal setempat dan yang berpindah randah 
“ (Al-hakim / Al Mustadrak)

‘Ifrit – Jin yang mempunyai daya menipu dan kekuatan yg luar biasa’. Firman Allah, surah Al-Naml ayat 39

Berkata 'Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; Sesungguhnya Aku benar-benar Kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai". 


Syaitan – Ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasiq, sombong, enggan sujud kepada Adam as dan dia dikutuk dan dilaknat. Firman Allah , surah Al-An’am ayat 112 ;

Maksudnya : "Dan Demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin".

Al-Marid – Jin yang degil dan jahat. Firman Allah, surah Al-Nisa’ ayat 117 :

Maksudnya : "mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka"

Al-‘Awamir – Jin ini suka tinggal dalam rumah-rumah manusia, samada keluarga baik maupun keluarga jahat. Jin ini boleh menyerupai binatang ular.

Sabda Nabi saw daripada Abu Said Al-Khudri :

"Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yg tinggal dalam rumah) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ianya adalah syaitan" 
(Al-Bukhari) 

Sabda Nabi saw :

"Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan, oleh itu bunuhlah mereka." 
(Al Bukhari) 


Sabda Nabi saw :

"Ular itu adalah jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah (oleh Allah) daripada kaum bani Israil yang ingkar ".
( Al-Tabarani/sahih) 


Al-Arwah – Jin yang suka mengganggu kanak-kanak. Ia juga dipanggil jin roh. Ulama berselisih pendapat tentang nama jin ini kerana bagi sebahagian ulama mengatakan roh yang disebut dalam Al quran membawa pelbagai maksud.



This entry was posted by Unknown. Bookmark the permalink.

Leave a Reply