Tips nak kuruskan badan

 ads:get free choclate click here

Seorang member aku gagal lulus temuduga tentera darat kelmarin lepas.Mengapa? BMI atau body mass index  nya tak lepas had maximum.walaupun kami ni berjogging pagi petang tapi dia tetap tak berjaya.Kesian pon ada , tapi nak buat macam mana? dah tidak rezeki.

Bersenam sungguh-sungguh pun tak guna juga kalau makan masih tak jaga?Berlambak produk-produk kuruskan badan sampai tak tahu mana yang mujarab?

Penat diet ,tak makan tu, tak makan ni. Tapi berat masih susah nak tinggalkan badan ni.Itu kesilapan yang selalu orang buat.Nak sesuatu tapi pakai redah tanpa fikir secara rasional.

Nak kurus boleh tapi kena iltizam,kena motivasikan diri sentiasa beritikad.itu yang penting.Jangan cakap tapi habuk pun tiada??.

Pasang angan-angan nak kurus,nak impikan tubuh seksi dan tegap tapi malas!

Kurangkan makan,bukan tak makan langsung, tapi makan biar seimbang seeloknya dapat daripada nasihat doktor.Kurangkan makan makanan yang berkalori tinggi,seperti ayam goreng,daging .

Lupakan McD,Kfc pizza hut kerana ia merupakan tempat yang bagi anda banyak kalori .
kurang minuman bergula,minuman berkarbornat,di mana ia mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi

Makan malam hanya sebelum pukul lapan ,jangan makan makanan berat selepas waktu tersebut. kita tak banyak gunakan tenaga waktu malam jadi tak perlu.Nak makan? ingat anda sedang hendak kurus

Sentiasa melakukan senaman ringkas ketika di tempat kerja. pergi berjogging secara kerapa jika nak kesan yang lebih cepat.Kalau malas jugak?pergi tempat bersenam yang mempunyai tarikan seperti tempat yang ada lelaki-lelaki yang kacak atau awek-awek cun ? cuba lah pasti berkesan




This entry was posted by Unknown. Bookmark the permalink.

Leave a Reply